Tuesday 13 September 2011

first time derma darah........ :P

wah....xcited kowt nk derma darah, dh 4 kali terserempak dgn program ni tp time tu ad je msalah yg menyebabkan x bleh derma darah, so kli ni x lepaskan peluang tu.....x nk cter panjang, yg pnting smua dh selesai dn dh selamat pown.... org kte lpas dernma darah, nanti jd gemuk...ye kew?????? 4 sure, skrang ak x brape nk makan pown.....



mke dh mcm org skit betol2 nie...


sempat ag wt peace nie....



ni lah darah yg baru setengah berjaya dikumpulkan..


ni lah proses akhir....tamat sudah....

akhir kata, x yah takutlah klu nk derma darah, x rse ape2 pown, skit pn x...... klu ad peluang, mmg ak nk derma darah lg lah....hehehheh

Tuesday 6 September 2011

10 ciri lelaki kasanova...

klu korang nk tau pe ciri2 lelaki kasanova @ playgirl @ buaya darat, buaya tembaga, semua adik beradik buaya  lah..... ni ak ad senaraikan 10 ciri2 dorg...enjoy it




  • Di awal perkenalan, si dia menjadi insan yang paling mulus. Apa sahaja yang kamu mahu semuanya akan di penuhi. Namun harus di ingat semua itu hanya mampu bertahan tidak lebih sebulan. Sedikit demi sedikit si dia akan menunjukkan taringnya
  • Sentiasa kemas dan perwatakannya seperti berada, tapi sebenarnya poket kosong. Kalau ada pun cuma untuk buat pelaburan memikat kamu di awal perkenalan kemudian duit kamu pulalah jadi mangsa.
    Lelaki kasanova tidak pernah patuh pada janji, tengok sahaja setiap kali kamu keluar dating. Siapa yang akan sampai dahulu.
    Sering beri pelbagai alasan apabila kesilapannya dapat dikesan. Lebih jelas lagi dia juga sering mempersalahkan orang lain atas kesalahannya sendiri.
    Mementingkan kekemasan diri dan pakaian yang dipilih juga bukan calang-calang jenama. Maklumlah nak memikat ramai mangsa.
    . Baru kenal tidak sampai seminggu sudah berani mahu sentuh-sentuh di bahagian yang sensitif. Sengaja mahu menggoda kamu untuk pergi lebih jauh.
    . Apabila keluar dengannya, dia selalu tunjuk macho depan kamu. Ada masanya dia akan menegur perempuan lain dengan ramah di depan kamu. Kononnya mahu buktikan pada kamu si dia tidak curang di belakang kamu. Tetapi dia memang peramah dengan semua orang.
    Selepas sebulan berkawan, si dia berani minta wang untuk di pinjam. Tanpa sengan silu si dia memintanya daripada kamu.. Ha… alasan yang diberikan untuk meminjam itu mmg konkrit dan silap-silap hari bulan kamu akan termakan dengan kata-kata manisnya.
    . Lelaki kasanova biasanya mempunyai paras rupa yang agak tampan sebab itulah perempuan mudah cair dan jadi mangsa. Jangan mudah percaya pada wajah tetapi percayalah pada hati.
    . Jarang bercerita tentang keluarganya apatah lagi mahu membawa kamu berjumpa ibu bapanya. Ini sememangnya perkara yang sering berlaku. tetapi harus di ingat juga ada kalanya mereka ada mengajak tetap ajak ajak ayam sahaja. Mulut kata ya dalam hati tidak










mencari jejaka idaman...hehehehhe

Kita semua pernah berada di saat itu sebelum ini. Mencari putera kacak yang akan berlutut dihadapan kita dengan gaya yang begitu mempesonakan dan berjanji untuk berada disamping kita dengan aman dan damai untuk seumur hidup. Screech…berhenti. Berpijak pada realiti. Lelaki tetap lelaki, mereka semua mula kelihatan serupa. Kita tersedar adakah lelaki seperti ini benar-benar wujud? Di mana kita boleh menemuinya? Adakah lelaki-lelaki yang kita jumpa itu benar-benar teruk, atau ia hanyalah ekspektasi yang kita yang tidak realistic?


1. Jadi pasangan ideal
Jika kita mahukan seseorang yang sempurna, pertama, kita perlu menjadi seseorang yang sempurna juga. Tidak adil jika kita mahukan seseorang itu baik dan sensitif terhadap kita sedangkan kita sendiri tidak begitu. Belajar untuk memperbaiki kualiti baik dan buruk dalam diri kita dan nanti anda akan dapati lelaki yang datang mengerumuni anda, daripada anda yang terkejar-kejarkan mereka.
2. Jadilah realistik
Duduk dan tulis senarai kualiti seseorang lelaki yang anda cari. Jadilah realistik. Mungkin tidak realistik jika kita mengharapkan seseorang seperti Brad Pitt dengan lengan umpama Mr. Malaysia dan seseorang yang memiliki sikap yang sangat sensitif, memahami, penyayang dan sering mengambil berat. Mungkin baik juga mengkategorikan kualiti lelaki impian anda kepada dua bahagian, boleh dikompromi dan tidak boleh dikompromi. Contohnya, lelaki yang sukakan binatang mungkin memiliki kualiti yang tidak boleh dikompromi bagi anda, tapi mungkin bagi orang lain ianya bukanlah sesuatu yang perlu dipertimbangkan pun. Jadi apabila anda bertemu dengan beberapa lelaki yang berbeza, anda akan dapat tahu sama ada mereka sepadan dengan senarai anda atau tidak. Lebih penting lagi, anda pastinya tahu sama ada ekspektasi anda itu terlalu tinggi atau terlalu rendah!
3. Jangan harapkan dia jatuh di atas riba anda
Jika anda hanya duduk dan tunggu Jejaka Idaman turun dari langit, bangunlah! Ianya takkan berlaku jika anda tidak melakukan sesuatu. Bangkit. Sertai kelab (seperti kelab sukan) atau buat hobi baru (seperti memancing atau bola sepak). Ok, ok biar kita jadi realistik sekarang… cari hobi yang anda suka. Kalau anda dapati anda benci melakukan sesuatu (seperti memancing atau bola sepak), jadi idea menyertai kelab memancing atau bola sepak, bukanlah idea yang baik. Tapi sekurang-kurangnya lakukanlah sesuatu. Bersosial!
4. Jangan Hilang Kepercayaan Terhadap seseorang
Mungkin beberapa kali (sangat selalu) berlaku apabila anda tidak bertemu dengan lelaki seperti dalam mimpi-mimpi anda atau ekspektasi anda hancur pada pertemuan kali kedua. Tapi sangat penting untuk tidak terlalu kecewa menghadapinya atau sedarlah dari khayalan, fikirlah yang dia tidak pernah datang.Ianya telah ditakdirkan untuk berlaku. Apa yang penting bukan berapa kali anda gagal, tetapi bagaimana anda bangkit semula! Jadi jangan putus asa!
Tip temujanji pertama
·         Datang awal. Anda tidak memberikan tanggapan yang baik sekiranya anda lewat setengah jam.
·         Jumpa di tempat awam. Ini kerana, jika temujanji anda berakhir dengan sesuatu yang tidak baik, anda boleh lari dan lepaskan diri dengan mudah.
·         Pilih restoran/aktiviti yang anda selesa.
·         Jangan sembur minyak wangi terlalu banyak. Ingat-anda mahu menarik perhatiannya bukan membunuhnya.
·         Cuba untuk tidak memakai baju putih (terutama sekali jika anda merancang untuk makan laksa).
·         Jangan takut untuk diam semasa berbual. Masih ok jika anda tidak boleh berfikir apa yang anda mahu katakan.
·         Apa yang paling penting, jadilah diri sendiri! Sangat teruk menjadi seseorang yang seolah-olah memakai topeng dan menjadi orang lain yang bukan dirinya.
Kadang kala mengenali seseorang sebagai kawan baik terlebih dahulu sebelum keluar dengannya akan menyelamatkan anda dari rasa sakit hati. Ini kerana anda sudah tahu semua kekuatan dan kelemahannya!
Percaya kata hati anda. Adakalanya kata-kata yang datang jauh di dalam sanubari itu boleh memberitahu
 anda banyak perkara